Days
Hours
Minutes
Seconds
KONSEP

LARIAN MERDEKA 2018 adalah satu acara kemuncak pengisian sambutan Hari Kemerdekaan yang memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia, secara sukarela tanpa melihat latar belakang sosial dan kaum, untuk bersama meraikan Malaysia Merdeka yang baru.

LARIAN MERDEKA 2018 merupakan acara larian santai yang dijangka mencapai penyertaan ribuan peserta bersesuaian dengan sukan larian yang menjadi satu acara popular yang dianjurkan hampir setiap minggu di negara ini.

LARIAN MERDEKA 2018 kali ini membawa konsep yang unik di mana rakyat Malaysia dapat bersama-sama dengan kepimpinan negara merasai denyut dan harapan dalam sama-sama membina Malaysia sebagai satu negara yang bermaruah dan dihormati di seluruh dunia.

Days
Hours
Minutes
Seconds
OBJEKTIF

Memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta meluahkan rasa cinta dan patriotisme kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka.

Memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyatakan sokongan kepada kepimpinan negara pada hari ini dan memberi gambaran bahawa dengan kesepaduan dan kerjasama erat pelbagai kaum di Malaysia, Malaysia berupaya mencorak wawasan dan mencipta sejarah serta legasi baru.

Mengembalikan semula semangat ‘Malaysia Boleh’ di kalangan rakyat Malaysia untuk merealisasikan impian dan harapan Malaysia Baru.

Aturcara